Akaun rabih.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PERTUBUHAN AMAL DARUL ULUM (PADU) (PPM-021-14-19082020) ditubuhkan untuk menghubungkan pihak Darul Ulum Malaysia dengan masyarakat dengan lebih sistematik dan terancang. 

Secara ringkasnya berikut adalah beberapa gerak kerja PADU :-

  • Pengajian Talaqqi Ilmu Agama. Beberapa siri pengajian telah dijalankan dan disertai oleh ramai para alim ulamak, pelajar agama dan orang ramai.
  • Pengurusan Madrasah. Beberapa madrasah di Malaysia berada di bawah kawal selia dan urus tadbir Darul Ulum Malaysia.
  • Pengajian Takhassus Tafsir. Pihak Darul Ulum Malaysia telah mewujudkan pengajian peringkat Takhassus dalam bidang Tafsir Al-Quran yang pertama di Malaysia.
  • Dana Kitab. Menguruskan jual-beli kitab-kitab keperluan para Asatizah serta pelajar agama supaya dapat menyediakan kitab dengan harga lebih murah kepada mereka serta bantuan bayaran secara ansuran.
  • Pengurusan Bantuan Kewangan. Dari masa ke semasa Darul Ulum Malaysia menyampaikan bantuan kewangan dari pihak orang ramai kepada pihak Asatizah dan madrasah-madrasah agama.
  • Pengurusan Kebajikan. Kami juga peka terhadap kebajikan para Asatizah dan madrasah yang sampai ke pengetahuan kami. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, beberapa Asatizah dan pelajar agama telah diberi hadiah jubah raya.
  • Ibadah Korban dan Akikah. Darul Ulum Malaysia menyediakan platform online bagi umat Islam yang ingin menjalankan ibadah korban dan akikah di luar negara.
  • Mewujudkan platform yang menghimpunkan perkara berkaitan Salawat Nabi melalui laman web http://salawatnabi.com dan juga group-group media sosial yg lain. Bagi menggalakkan amalan berzikir dan bersalawat.
  • Perkongsian Ilmu Agama Secara Maya. Terdapat beberapa group melalui WhatsApp, Telegram dan Bip yang digunakan untuk berkongsi maklumat-maklumat agama. Kami juga mengeluarkan e-Majalah Darul Ulum Malaysia yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
  • Alhamdulillah pihak Darul Ulum Malaysia telah selesai menjalankan Daurah Tafsir Al-Quran sepanjang Syaaban-Ramadan tahun ini. Diharapkan umat Islam dapat sama-sama membantu untuk menjayakan usaha ini pada masa akan datang.

Darul Ulum Malaysia diasaskan untuk memudahkan perkongsian ilmu dan aktiviti madrasah, menjalin ukhuwwah, ulfah dan mahabbah sesama ulama, warga madrasah dan para muhibbin ilmu. Setelah 9 tahun diasaskan Darul Ulum Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti keilmuan. Antara usaha utama Darul Ulum Malaysia adalah :-

  • Memberikan khidmat nasihat tentang pengajian Al-Quran dan Hadis.
  • Menyediakan sumber maklumat dan pengkalan data pusat-pusat pengajian Ilmu.
  • Menghubungkan masyarakat awam seperti ibu bapa dengan institusi pengajian Al-Quran dan Hadis.
  • Menganjurkan kelas-kelas pengajian Ilmu berkala yang terbuka kepada masyarakat awam.
  • Menyediakan bahan-bahan ilmiah serta tazkirah secara dalam talian di dalam bentuk penulisan dan media sosial.
  • Menguruskan sumbangan kepada madrasah-madrasah serta para asatizah yang memerlukan.

Rebut peluang infaq kepada Darul Ulum Malaysia. 

Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani).

RESIT AKAN DISEDIAKAN ATAS PERMINTAAN ANDA


Projek Terkini: Poster Selawat 80 kali Asar hari Jumaat

Darul Ulum Malaysia membuka peluang infaq kepada seluruh umat Islam untuk menjalankan projek mencetak poster Selawat 80 kali Asar hari Jumaat.

Poster bersaiz A1 (59cm x 84cm) ini dicetak dan diberikan dengan infaq RM10 untuk sekeping poster kepada umat Islam yang ingin sama-sama menghidupkan amalan ini.

Ia boleh ditampal di Masjid, rumah, pejabat dan lain-lain tempat yang sesuai dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang fadilat amalan Selawat 80 kali Asar hari Jumaat ini.

Bayangkanlah fadilatnya iaitu menghapuskan dosa 80 tahun dan mendapat ganjaran 80 tahun ibadat. Jika amalan ini hidup di dalam diri umat Islam asbab perkongsian poster yang kita sumbangkan maka ganjaran yang sama akan kita perolehi.

Sebarang sumbangan dari pihak kita sama ada dari segi infaq kewangan atau perkongsian poster tersebut akan menjadi asbab hidupnya amalan ini dan asbab ganjaran pahala berganda kepada kita.

Lokasi untuk mengambil poster ini ialah di Pejabat Madrasah, Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling (MUSP). Sila hubungi nombor ini untuk membuat temujanji, http://wasap.my/+60123507171/nak+ambil+poster